
Petaling Jaya pada asasnya dibina bagi mengatasi kesesakan yang melanda di Kuala Lumpur pada awal tahun 50-an. Kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama telah dikenal pasti untuk dibuka sebagai penempatan baru bag mengalih tumpuan penduduk dari Kuala Lumpur. Nama Petaling Jaya telah dipilih untuk kawasan penempatan baru ini dengan harapan perancangan yang dirancang dapat menjadi pekan yang berjaya.
Keutamaan semasa awal pembukaan Petaling Jaya telah diberikan kepada kerja-kerja pembangunan disamping mengalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian dan kemudahan-kemudahan awam. Pembangunan di kawasan ini bermula di pekan “Old Town” dengan pembinaan deretan rumah-rumah kedai, balairaya, panggung wayang, stesen bas dan lain-lain. Jalan Templer yang dahulunya dikenali sebagai Jalan 1(satu) merupakan jalanraya pertama yang dibina di Petaling Jaya.
Petaling Jaya diurustadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya sehingga akhir tahun 1954 sebelum diserahkan kepada Badan Berkanun iaitu Petaling Jaya Authority.
Lembaga Bandaran yang mempunyai 'Autonomi Kewangan' telah ditubuhkan oleh kerajaan Selangor pada 1 Januari 1964. Tertubuhnya Lembaga Bandaran tersebut menyebabkan Petaling Jaya terus maju dan mampu mencipta kejayaan dank. kecemerlangan selain menjadi kawasan perindustrian yang terkemuka di Malaysia.
Walaupun pada awalnya Petaling Jaya ditubuhkan untuk mengatasi masalah kesesakan di Kuala Lumpur namun pada hari ini Petaling Jaya berjaya menjadi antara bandar yang terkemuka di Malaysia.
-Sumber daripada laman web rasmi Majlis Bandaraya Petaling Jaya-


3 comments:
okay.. dpt satu general knowledge!
hehe.. korg kne tulis ape2 jer ker lecturer assigned topic??
erm..kne tulis pasal majlis bandaraya petaling jaya..hhhehe sebab aku dpt asgmnt wat itu..jd kte akan blaja pasal peatling jaya..hehheehhe
yela..npk gayenyer byk la pengetahuan aku ttg petaling jaye bile bce blog ko..
hebat lbih dri org PJ sendiri.. haha
Post a Comment