Monday, September 8, 2008

-LOGO RASMI MBPJ-


Logo ini telah direka dengan bertemakan Pemuafakatan, Bijaksana dan Dinamik. Ia juga berpandukan dengan slogan 'Mesra, Cepat dan Tepat'. Bunga Inai Merah menjadikan keutamaan dalam rekaan kerana ia identiti utama MBPJ. Segala abstrak dan elemen yang digunakan mempunyai makna-makna tertentu antaranya:
Lambang negeri Selangor melambangkan negeri selangor itu sendiri.
Bunga Inai merah adalah bunga rasmi Petaling Jaya dan kini digubah menjadi identiti Bandaraya Petaling Jaya
Abstrak manusia lambang kepada Pemuafakatan Komuniti Bestari ICT amnya komuniti Petaling Jaya
Bentukan Isometrik adalah lambang kesuburan flora dan fauna seiring dengan kepesatan pembangunan bandaraya Petaling Jaya
Abstrak buku lambang kepada ilmu dan pendidikan yang menjadi pemangkin kemajuan umat
Abstrak elektronik lambang kepada kemajuan teknologi
Abstrak geometrik lambang kemajuan perindustrian pemangkin ekonomi
Abstrak bangunan lambang Pembangunan Mampan

visitor hit