Tuesday, November 11, 2008

~PETALING JAYA~

Post sebelum ni saya telah nyatakan bahawa kumpulan saya telah melakukan kajian di sekitar Bandar Petaling Jaya. Secara amnya kemudahan di situ boleh dikatakan lengkap dan mencukupi bagi penduduk tempatan. Banyak kemudahan awam yang disediakan seperti jejantas.tong sampah yang boleh dikatakan banyak disediakan di jalanan,traffic light untuk pelintas jalan kaki dan sebagainya. Di sekitar Petaling Jaya banyak kolej-kolej swasta yang ada dan kelihatan ramai pelajar asing. Namun kebanyakkan orang awam yang ditemui mereka tinggal di luar kawasan Petaling Jaya seperti di Subang Jaya,Klang dan Shah Alam. Ini menunjukkan bahawa Petaling Jaya menjadi pusat perkhidmatan dan perindustrian yang berjaya.Sukar untuk mendapatkan kerjasama para responden kerana masing-masing mengejar masa. Kami juga sempat melawat ke bangunan Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan layanan yang diterima agak memuaskan. Terdapat satu kiosk yang terletak disebelah kaunter pertanyaan yang menarik minat kumpulan kami kerana kiosk tersebut boleh digunakan untuk melihat kawasan petaling jaya,mendapatkan peta dan mencetak.












0 comments:

visitor hit